Penggunaan ICT dalam bidang kesihatan terbukti telah diberi keutamaan di kebanyakan negara-negara maju. Sebagai seorang JURURAWAT, kita harus mengetahui bagaimana implementasi ICT dibidang kesihatan dapat memberi kesan dan faedah kepada kita dan pelanggan. Untuk meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaan ICT kita sepatutnya mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Mempunyai kefahaman mengenai konsep asas bagaimana ICT berfungsi
2. Mempunyai kemahiran terkini mengenai penggunaan aplikasi/ perisian/perkakasan komputer
3. Mempunyai kebolehan intelektual untuk terus belajar sepanjang hayat bagi mengaplikasi kefahaman, kemahiran dan pengetahuan ICT dalam kehidupan dan kerjaya
4. Mudah menerima sebarang perubahan yang wujud dengan pelaksanaan ICT di tempat kerja
Di negara maju, pelaksanaan ICT di bidang kesihatan terdiri daripada doktor pakar, jururawat dan ahli profesional kesihatan. Mereka bergabung dalam satu pasukan bersama pakar komputer untuk membangunkan perisian yang sesuai dengan keperluan di institusi masing-masing. Kejayaan pelaksanaan ICT dalam bidang kesihatan sangat bergantung kepada pengguna yang terdiri daripada doktor, jururawat dan semua ahli professional kesihatan. Penjagaan kepada pesakit dapat dilakukan dengan lebih cekap serta menjimatkan kos. Sebagai contoh, sistem OMS yang digunapakai mempercepatkan lagi keputusan analisa sampel pesakit dilihat oleh doktor dan perawatan dapat dilakukan segera. Disamping itu, keputusan analisa tidak perlu dicetak dan ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, dalam kata lain menjimatkan kos hospital. Walaubagaimanapun, latihan berterusan kepada pengguna perlu dijalankan secara berkala bagi memastikan pencapaian ditahap optimum demi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan/ pesakit.
ICT dalam kerjaya jururawat perlu diberi penekanan dalam melaksanakan tangungjawap dalam rawatan kepada pesakit seiring dengan kemajuan dunia masa kini.
ReplyDeletePenggunaan ICT dimasa kini bagi kerjaya jururawat sememangnya banyak membantu dalam memberikan jagarawatan yang berkesan dan efisien.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat di atas kerana di PPUKM juga telah menggunakan ICT dalam perkhidmatan kejururawatan. Mobile card atau laptop bergerak juga telah mula digunakan di PPUKM untuk jururawat menulis lapuran kejururawatan pesakit.Ini dapat membantu jururawat menjalankan tugas dengan lebih efisien dan proaktif.
ReplyDeleteNORAZITA A134837
Sangat bersetuju dengan kenyataan Hidayah di atas, di mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
ReplyDelete“Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”
NOR RINA MAHAWAR (A134817)
saya juga amat bersetuju penggunaan ICT dikalangan jururawat dapat membantu seseorang jururawat itu memberi perawatan yang lebih efisyen dan bermutu.
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan kemajuan ICT dapat meningkatkan produktiviti sesuatu organisasi. Di samping itu, ia dapat melahirkan para pelajar mahupun pekerja yang berinovasi lagi kreatif.
ReplyDeleteBetul setuju dengan pendapat Halizah..melalui ICT juga dapat melahirkan juruwat yang kreatif dan inovatif..siapa sangka boleh membuat blog dan video..
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat anda..memandangkan kita semakin menuju ke arah wawasan 2020 penggunaan IT menjadi amat penting dalam kehidupan seharian.Jadi kita sebagai pengguna perlu belajar IT tidak kira dari golongan mana sekalipun. Kita perlu memberi dorongan kepada generasi yang akan datang contohnya memberi tunjuk ajar kepada anak-anak supaya celik IT..
ReplyDeleteDunia IT memang amat meluas penggunaannya dan sekarang bidang kejururawatan juga telah menggunakan IT sebagai salah satu cara untuk memudahkan tugasan harian...justeru itu untuk menjayakan bidang IT dengan lebih baik, para jururawat mestilah mendapat latihan yang mencukupi dan teratur....
ReplyDeletePengguna ICT adalah penting pada masa kini dalam kehidupan seharian. Ia tidak perlu di nafikan lagi contohnya penggunaan telefon bimbit, mesin Autoteller,sistem eWarga yang sememangnya di gunakan setiap hari dan sepanjang masa sama ada di bandar mahupun di luar bandar.Jururawat telah di dedahkan kepada ICT dengan secara tidak langsung....bergantung kepada inisiatif sesorang untuk mencari ilmu yang lebih banyak contohnya, sambung pengajian secara sesawang. Ini memudah bagi jururawat yang bertugas seperti ini, yang mana bertugas mengikut shif...
ReplyDelete