Get your own Digital Clock

Wednesday, 18 April 2012

5 Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian


5 langkah yang perlu dilakukan untuk  memastikan bidang Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian antaranya adalah:

1.         PEMBELAJARAN AKTIF

Pembelajaran aktif di sekolah merupakan satu konsep yang ideal dengan pembelajaran masa kini. Oleh yang demikian, setiap sekolah diharapkan agar dapat mengimplimentasikan serta mengembangkan pembelajaran aktif dengan sebaik mungkin.

2.         KEMUDAHAN ICT

Kemudahan ICT di bilik sumber sering mengalami masalah seperti kekurangan peralatan ICT, penggunaan ICT yang tidak berdisiplin di kalangan pelajar, pemantauan oleh penjaga bilik sumber, permasalahan penyelenggaraan serta masalah pembiayaan kewangan. Permasalahan yang telah diutarakan boleh dijadikan pemangkin sebagai penghalang kepada penumbuhan kreativiti dan inovasi dalam system persekolahan. Kemudahan ICT seperti penggunaan komputer, overhead projector bagi proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan pelajar.
Penggunaan kamus Besta atau kamus elektronik yang lain mudah dibawa dapat membantu serta memudahkan pelajar mencari sesuatu maksud didalam dua bahasa.

3.         PENYIARAN RANCANGAN PENDIDIKAN

Kemudahan penyiaran rancangan pendidikan masa kini boleh diadaptasikan melalui kemudahan penyiaran ASTRO dimana pusat penyiaran ini telah membuat beberapa siri pendidikan bagi kemudahan semua peringkat pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terutama bagi pelajar yang akan mengambil dan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.

4.         KEPIMPINAN

Pembelajaran yang kreatif dan inovatif di dalam sistem persekolahan merupakan satu rangka strategi yang perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran secara berkesan. Pengetua sekolah perlu membentuk dan memimpin perubahan berasaskan strategi dan kreatif serta inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.

5.         KO-KURIKULUM , KREATIVITI DAN INOVATIF SERTA PENGUASAAN ICT

Prestasi pelajar hendaklah ditekankan melalui “menghasilkan mutu kerja” daripada “memahami”. Pentadbiran sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang berkaitan teknologi dan inovasi yang efektif bagi memastikan penghasilan mutu kerja pelajar dapat ditunjukkan atau dipamerkan pada pameran-pameran tertentu setiap kali aktiviti dijalankan. Pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi perlu ditingkatkan secara menyeluruh. Ia merupakan landasan untuk meningkatkan inovasi dan kelancaran fungsi teknologi melalui kegiatan penelitian, pengembangan dan hasil kerja.


Nama: Norhidayah binti Shaari
No.Matrik: A 134841
Tahun Pengajian: Tahun 2 Semestar 2 Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan 2011/2012 (Part Time)
Fakulti: Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan UKM
Email: ayong1011@yahoo.com / hidayah2611@gmail.com
Facebook: Norhidayah Shaari
Url YouTube:
http://www.youtube.com/watch?v=ao3BXhY&feature+related

http://www.youtube.com/watch?v=PmB7IJ1mrks

http://www.youtube.com/watch?v=DXjuMhB-xDE&feature=related